SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Wednesday, July 01, 2009

Hari Terbuka (Repot Kad)

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Terima kasih pihak sekolah mengucapkan kepada ibubapa kerana sudi hadir pada hari Jumaat (26/6/09) yang rata-ratanya mengambil cuti. Komitmen anda semua menunjukkan bahawa anda adalah seorang ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak anda. Syabas.

Hari terbuka atau dahulu lebih dikenali sebagai hari report kad telah berjalan dengan lancar hanya ada sedikit kecacatan untuk tahun 1 di mana ibubapa menunggu di kelas yang salah. Ini kerana tahun 1 pihak sekolah membahagikan murid kepada kelas-kelas tertentu bergantung kepada kecekapan KIA2M yang dijalankan. Walhal rekod mereka masih lagi di kelas asal. Pihak sekolah ingin meminta maaf sekali lagi.

Jadi, setelah meneliti keputusan peperiksaan anak masing-masing, maka di sinilah tanggungjawab ibubapa dan juga guru untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada setiap org murid agar mendapat kejayaan yang lebih memberangsangkan. Latihan dan ulangkaji haruslah dibuat setiap hari.

Perhatian : Ibubapa yang belum memulangkan lagi Buku Profil, Adab Belajar dan PLBS diharap dapat memulangkan semula kepada guru kelas secepat yang mungkin.

0 comments:

Post a Comment