SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Tuesday, June 23, 2009

Influenza A (H1N1) kini di sekolah

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Gambar dari sumber Berita Harian


Setiap hari di dalam akhbar ada memaparkan wabak Infulenza atau H1N1 yang kini merebak di kawasan sekolah. Kepada ibubapa sila pantau kesihatan anak anda agar wabak ini tidak sampai ke SK Seksyen 24.


Jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes apabila 10 kes baru dilaporkan dengan dua kes tempatan dan lapan kes import, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lay hari ini. Menakutkan bukan? Setakat hari ini, berikut antara sekolah yang telah menerima arahan tutup kelas atau sekolah dalam satu jangka masa tertentu oleh Kementerian Kesihatan:

  1. SJK(C) Jalan Davidson; satu sekolah - tutup seminggu
  2. SRK Assunta 1, Petaling Jaya; satu sekolah - tutup seminggu
  3. SRK Assunta 2, Petaling Jaya; satu sekolah - tutup seminggu
  4. Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Batu 9 Cheras; satu sekolah - tutup seminggu
  5. SMK Seksyen 9 Shah Alam; satu kelas - tutup seminggu
  6. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya; satu kelas - tutup seminggu
  7. SM Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. satu kelas - tutup seminggu

Empat sekolah ditutup seminggu, manakala 3 sekolah lagi hanya ditutup satu kelas, juga dalam temph yang sama. Bagaimanapun, Kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran - Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. (Sumber: Kenyataan akhbar - 23/06/2009)

Kerajaan melaksanakan 10 langkah pencegahan H1N1 yang lebih ketat untuk mencegah penularan wabak berkenaan iaitu:

  • Wajib isytihar status kesihatan
  • Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
  • Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
  • Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
  • Tingkat kebersihan tandas awam
  • Kempen media
  • Hadkan pelawat di hospital
  • Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
  • Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan

Diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak sekolah. Kepada guru-guru dan ibubapa, sila laporkan kepada pihak sekolah dengan segera.


"Baik mencegah dari merawat"

0 comments:

Post a Comment