SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Monday, February 09, 2009

Ujian Pengesanan (KIA2M)

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam



Minggu lepas bermula dari 2hb Feb hingga 6 Feb 09 telah diadakan Ujian Pengesanan untuk murid-murid tahun 1. Ujian ini bertujuan untuk mengesan murid-murid yang masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca.

Ujian Pengesanan ini juga lebih dikenali sebagai Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang telah dijalankan di kesemua sekolah oleh Kementerian Pelajaran. Antara artikel untuk penerangan lebih lanjut berkenaan dengan program KIA2M ini boleh di rujuk di beberapa laman web seperti komuniti pendidikan, kpm dan banyak lagi.

Sebenarnya program ini di wujudkan agar tiada lagi murid-murid yang keciciran dalam mencari ilmu selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Dahulunya ianya lebih dikenali sebagai 3M tetapi kini telah diperincikan lagi dengan hanya membaca dan menulis terlebih dahulu.

Keputusan murid-murid yang melepasi Ujian Penapisan KIA2M akan diumumkan kelak dan dijangka pada minggu hadapan. Di harap ibubapa memberi sokongan penuh terhadap usaha pihak sekolah untuk membantu anak-anak mereka menguasai kemahian membaca dan menulis ini.

0 comments:

Post a Comment