SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Tuesday, January 12, 2010

Minggu Pertama Persekolahan 2010

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Sudah seminggu sekolah dibuka semula tetapi ramai lagi murid yang masih lena di ulik intan. Hampir 6 minggu bercuti membuatkan mereka malas dan kurang bersedia untuk ke sekolah. Bila di soal tentang soalan tahun lepas, ramai yang tidak dapat menjawab dengan betul. Jadi pihak sekolah berharap agar semua murid bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2010 ini.

Selesai sudah minggu pendaftaran untuk murid tahun 1 dan juga ujian pengesanan. Bermula dari Isnin (11/1/2010) murid tahun 1 telah di asingkan kelas mengikut pencapaian keputusan ujian pengesanan menulis dan membaca yang telah dilakukan oleh guru-guru B.Malaysia. Tanda nama yang baru juga telah diberi kepada murid mengikut warna kelas masing-masing. Minggu ini murid tahun 1 masih lagi dalam minggu transisi (suaikenal). Jadual waktu akan diedarkan kelak.

Kepada ibubapa tahun 1 yang masih belum memberikan semula kad profil, kad gigi, buku rekod kesihatan dan borang Maklumat Diri Murid serta yuran boleh menghantarnya kepada guru kelas anak tuan puan yang baru, bukannya kepada guru kelas yang lama. Harap Maklum.

0 comments:

Post a Comment