SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Friday, February 05, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 20

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 24, Shah Alam Kali Ke-20 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 6hb Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SK Seksyen 24

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Penasihat
3. Ucapan YDP PIBG
4. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung 2009
5. Perkara-perkara berbangkit
6. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2009
7. Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 2009
8. Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2009
9. Hal-hal lain.
10. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2009
11. Pengerusi sementara mengambil alih pengendalian mesyuarat
12. Perlantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011
13. Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP yang baru dilantik
14. Makluman kadar bayaran tambahan dan sumbangan PIBG tahun 2010.
15. Mencadang aktiviti PIBG 2010/2011
16. Perbincangan usul-usul yang dibawa oleh ibu bapa.
17. Penangguhan mesyuarat.

Semua ibu bapa / penjaga murid-murid SK Seksyen 24, Shah Alam dijemput hadir.

Monday, January 25, 2010

Road Run 2010

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam





Road Run dengan jayanya telah dilangsungkan pada 22 Januari 2010. Trek larian di sekitar kawasan perumahan Seksyen 24. Pada seminggu sebelum itu, latihan telah diadakan agar murid mengenal pasti trek larian.

Road Run 2010 ini dirasmikan oleh YDP PIBG SKS24 tepat jam 8.30 pagi. Guru sesi pagi dan petang bertungkus lumus menjayakan Road Run kali ini. Tiada sebarang masalah ketika aktiviti berlangsung. Syabas diucapkan kepada semua warga SKS24.

Keputusannya rumah merah mengungguli tempat pertama diikuti dengan rumah biru, ungu, hijau dan kuning. Mata untuk Road Run ini akan dikira bersama dengan sukan tahunan yang akan diadakan kelak. Kerjasama polis trafik, ibubapa dan penduduk sekitar Seksyen 24 amat dihargai.

Tuesday, January 19, 2010

Minggu ke-3 sesi 2010

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam


Minggu ketiga sesi persekolahan berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah perjumpaan ibubapa tahun 6 dan juga pemberian watikah pengawas bagi sesi 2010.

Untuk tahun 1 pula pemberian buku teks telah diberi kepada murid dan kepada ibubapa yang mana anaknya masih belum dapat buku teks bolehlah datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru kelas masing.

Perhatian kepada ibubapa yang anaknya tahun 1, jika ada apa2 masalah boleh la berjumpa dengan guru kelas anak anda sekarang bukannya kelas masa awal pendaftaran kerana pihak sekolah telah membuat ujian pengesanan dan murid-murid telah ditempatkan di kelas yang baru.

Tuesday, January 12, 2010

Minggu Pertama Persekolahan 2010

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Sudah seminggu sekolah dibuka semula tetapi ramai lagi murid yang masih lena di ulik intan. Hampir 6 minggu bercuti membuatkan mereka malas dan kurang bersedia untuk ke sekolah. Bila di soal tentang soalan tahun lepas, ramai yang tidak dapat menjawab dengan betul. Jadi pihak sekolah berharap agar semua murid bersedia untuk memulakan sesi persekolahan 2010 ini.

Selesai sudah minggu pendaftaran untuk murid tahun 1 dan juga ujian pengesanan. Bermula dari Isnin (11/1/2010) murid tahun 1 telah di asingkan kelas mengikut pencapaian keputusan ujian pengesanan menulis dan membaca yang telah dilakukan oleh guru-guru B.Malaysia. Tanda nama yang baru juga telah diberi kepada murid mengikut warna kelas masing-masing. Minggu ini murid tahun 1 masih lagi dalam minggu transisi (suaikenal). Jadual waktu akan diedarkan kelak.

Kepada ibubapa tahun 1 yang masih belum memberikan semula kad profil, kad gigi, buku rekod kesihatan dan borang Maklumat Diri Murid serta yuran boleh menghantarnya kepada guru kelas anak tuan puan yang baru, bukannya kepada guru kelas yang lama. Harap Maklum.

Saturday, October 31, 2009

Kejayaan 2009

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Maaf kerana lama tidak update web ini.

Sebelum bermula tahun baru 2010, kita imbas kembali apa yang telah berlaku di penghujung tahun 2009.

Banyak kenangan manis yang telah dicapai oleh SK Seksyen 24. Antaranya :

Piala Raja Muda Edisi 23 (Johan)

  • SK Seksyen 24 vs SK Taman Alam Megah (2-1)

Keputusan UPSR 2009

  • 5A -16 orang
Kejayaan lain akan ditambah dari semasa ke semasa