SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Monday, October 19, 2009

Piala Raja Muda 2009 - Edisi ke-22

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Salam semua,

Pertandingan Piala Raja Muda 2009 kembali di mana 4 buah sekolah digunakan iaitu SK Seksyen 24, SK Taman Sri Muda, SK Seksyen 27 dan SK seksyen 18. Terdapat 8 kumpulan pada pusingan awal yang bermula pada 12/10/2009 hingga 16/10/2009 yang lepas.

SKS 24 layak memasuki pusingan kedua setelah menjadi johan kumpulan A1. Keputusan peringkat awal:

  • SK Seksyen 24 vs SK Seksyen 9 (4 - 0)
  • SK Seksyen 24 vs SK TUDM Subang (2-0)
SK Seksyen 24 dan SK TUDM Subang layak ke pusingan kedua yang akan dijalankan pada 19/10/2009 ini.

Untuk Pusingan kedua, SK Seksyen 24 berada bersama-sama juara bertahan edisi ke 21 iaitu SK Alam Megah 3. Diikuti dengan SK TUDM Subang dan juga SK Padang Jawa. Bermain secara liga di mana Johan dan Naib Johan kumpulan akan pergi ke peringkat suku akhir pada 2/11/2009.

Semoga SK Seksyen 24 menunjukkan semangat juang yang tinggi!

1 comments:

Anonymous said...

saya belajar di sekolah itu dan saya gembira. hidup 24 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment