Akhirnya Minggu Transisi yang bermula pada 5 Januari 2009 untuk murid tahun 1 telah berakhir pada 19 Januari 2009. Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan murid tahun 1 tentang suasana persekolahan yang sebenar.
Mereka didedahkan dengan persekitaran sekolah dan juga peraturan-peraturan yang wajib mereka patuhi antara contoh seperti pneggunaan pas keluar kelas, adab dan cara membeli makanan di kantin dan pelbagai lagi.
Selain itu juga agihan buku teks kepada murid tahun 1 juga telah selesai di mana setiap guru kelas telah mengedarkan buku-buku teks kepada semua murid tahun 1. Di harap ibubapa membantu dari segi penyusunan buku yang perlu di bawa ke sekolah mengikut jadual waktu yang telah diedarkan. Ini bertujuan agar tiada lagi isu berkenaan dengan "beg yang sarat dengan buku-buku"
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment