SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Monday, August 17, 2009

Musolla Al-Hidayah

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam



Kini SK Seksyen 24 maju setapak lagi. Surau SKS24 kini dikenali sebagai Musolla Al-Hidayah di tingkat 2 Blok Pentadbiran.

Keluasan yang merangkumi satu kelas amat selesa untuk menunaikan solat dan juga aktiviti keagamaan. Terdapat 2 ruang solat iaitu untuk lelaki dan perempuan. Selain dari itu juga, Musolla Al-Hidayah menghimpunkan Al-Quran dan bahan bacaan untuk semua guru dan juga murid-murid SK Seksyen 24.

Berlantaikan karpet yang memenuhi setiap inci lantai menampakkan lagi kekemasan dan keselesaan sesiapa sahaja yang menggunakan surau ini. Teknik, cara dan bacaan ketika solat juga ada digantung di dinding surau agar murid-murid dapat memahami dengan lebih berkesan.

Musollah Al-Hidayah SK Seksyen 24 kini mempunyai blognya tersendiri. Ini selaras dengan hasrat kementerian untuk menjadikan sekolah bestari walaupun di dalam kegiatan agama islam.

Lagi sekali Syabas diucapkan kepada ustaz dan ustazah yang bertungkus-lumus mencantikkan dan menceriakan surau SK Seksyen 24. Kepada sesiapa yang ingin melihat aktiviti yang akan dan telah dijalankan oleh AJK Surau boleh layari laman web http://alhidayahsks24.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment