SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Monday, August 03, 2009

Bulan Ko-Kurikulum

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam



Salam,

Bermula pada 16 Ogos 2009 hingga 16 September 2009 akan berlangsungnya Bulan Ko-Kurikulum di mana melibatkan unit beruniform. Unit Uniform SK Seksyen 24 terdiri daripada :

  • Pengakap
  • Kadet Remaja Sekolah
  • Bulan Sabit Merah
  • Renjer Puteri
  • Puteri Islam

Pelbagai aktiviti akan dijalankan berperingkat selama 4 minggu. Bulan Ko-Kurikulum ini akan melibatkan semua murid tahap 2 sahaja. Di mana setiap murid tahap 2 sudah mempunyai unit uniform masing-masing.

Jadi antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti pertandingan kawad kaki, mewarna logo 1Malaysia, pertandingan puisi, mengebarkan bendera Malaysia dan banyak lagi sempena Bulan Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2009 ini.

Diharap dengan adanya aktiviti seperti ini akan membuat murid sedar betapa penting dan bertuahnya mereka lahir di bumi Malaysia ini. Semoga semangat cintakan negara akan tersemat di hati mereka.

Mutiara Kata : "Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian." ~Osman Affan

0 comments:

Post a Comment