SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Guru!!

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Selamat Hari Guru!!!

Kepada semua guru-guru SK Seksyen 24 khususnya dan guru-guru seluruh Malaysia khasnya. Tidak terlambat di sini rasanya untuk admin SKS24 mengucapkan Selamat Hari Guru.

Seperti di mana-mana sekolah, sambutan hari guru telah disambut pada 16 Mei 2009, tetapi SK Seksyen 24 telah menyambutnya pada 18 Mei 2009 bersamaan Hari Isnin yang lepas. Ini kerana 16 Mei jatuh pada hari Sabtu.

Sambutan Hari Guru kali ini amat meriah sekali di mana guru-guru SKS 24 bersepakat untuk memakai pakaian batik sedondon yang berwarna merah. Guru wanita nampak anggun manakala guru lelaki nampak kemas dan segak. Ini semua adalah usaha BKGK.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan hari guru ini di mana pada awalnya pihak pentadbir membaca perutusan dari KPKPM dan juga Menteri Pelajaran. Selepas itu acara Guru paling comel, sporting, garang, di hati murid dan pelbagai lagi dan boleh lihat di ruangan gambar. Selain dAri itu juga persembahan oleh murid-murid dan juga guru dan juga pertandingan seperti bola sepak, bola baling, bola jaring dan basikal lambat di mana kebanyakannya dimenangi oleh guru.

Segala aktiviti yang telah dijalankan boleh rujuk di ruangan gambar





"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

0 comments:

Post a Comment