SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Wednesday, February 25, 2009

Pasukan Kompang. TAHNIAH!

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Tahniah kepada pasukan kompang SK Seksyen 24 kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan kompang selawat bagi PPD Petaling Perdana untuk tahun 2009. Pasukan kompang ini telah mula menjalani latihan dari awal sesi persekolahan dibuka.

Komitmen yang tinggi oleh guru pembimbing iaitu Ustaz Tarmizi yang dibantu oleh seorang tenaga pengajar luar akhirnya membuahkan kejayaan. Latihan demi latihan yang dijalankan setiap petang oleh murid-murid terbalas dengan kejayaan ini. Jika anda berada di SK Seksyen 24 pada sebelah petang, anda akan dapat mendengar bunyi kompang dan mungkin anda tertanya "eh, hari kerja pun ada orang kahwin?".

Syabas sekali lagi kepada pasukan kompang sk seksyen 24 di atas kejayaan ini. Teruskan kecemerlangan SKS24!. Anda boleh membuka laman blog Ust Tarmizi untuk melihat pasukan kompang sebelum dan semasa pertandingan dan boleh klik di galeri untuk melihat gambar. Sekian

0 comments:

Post a Comment