SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Monday, February 02, 2009

Minggu Keempat

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Seminggu sudah murid bercuti sempena sambutan tahun baru cina dan hari ini murid kembali ke sekolah. Bermacam raut wajah dapat dilihat. Ada yang suka, muncung suram dan yang paling memeningkan kepala guru adalah masih ada lagi murid tahun 1 yang menangis lagi di dalam kelas. Walhal ini sudah minggu keempat sesi persekolahan.

Apabila guru menanyakan semula pelajaran yang diajar sebelum cuti, masih ramai murid yang tidak ingat dan lupa. Alangkah malangnya kerana hanya baru seminggu sahaja cuti dan ada juga murid yang tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Hari ini cuaca agak baik dan perhimpunan petang dapat dijalankan seperti biasa.




0 comments:

Post a Comment