SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Sunday, March 08, 2009

Selesai sudah Ujian Bulan Mac 2009

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Pada 3 - 5 Mac 2009 telah diadakan ujian bulanan bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Suasana peperiksaan dapat dirasai di sebelah pagi manakala di sebelah petang untuk tahap 2 mereka masih tidak memahami erti peperiksaan. Kurang persediaan oleh murid-murid ketika menghadapi ujian bulanan kali ini. Pelbagai ragam murid dapat dilihat ketika menjawab soalan ujian.

Kertas dan markah ujian bulanan mungkin akan diserahkan kepada murid sebelum cuti penggal yang pertama ini. Di harap semua murid bersedia terlebih awal sebelum menduduki ujian agar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tepat. Sekian.

3 comments:

Muslimahsolehah said...

sekrang tibalah masanye..musim menge 'check' kertas ujian..berpinar2 biji mata

chekgu Bani Hassim said...

macam musim bunge je bunyiknye cikgu MS...
haha

Muslimahsolehah said...

bukan bunga..musim Autumn in my heart

Post a Comment