SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Saturday, February 28, 2009

Persaraan Pn. Rakayah

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam

Semalam seorang guru di SK Seksyen 24 telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Hampir 30 tahun beliau mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti kepayahan dan kebosanan untuk mencurahkan ilmu yang ada padanya.

Majlis disambut begitu meriah sekali. Majlis dimulakan dengan jamuan makan di mana pelbagai juadah disediakan. Terima kasih BKGK! Kemudian ucapan atau kata-kata terakhir oleh puan guru besar untuk Pn. Rakayah. Majlis di serikan lagi dengan persembahan oleh murid-murid tahun 3 yang diketuai oleh cikgu Azwa. Pemberian hadiah kepada Pn.Rakayah dengan dimulakan oleh panitia-panitia dan diikuti dengan penyelaras tahun. Akhir sekali Pn Rakayah diarak keluar dewan diiringi dengan paulan kompang.

Raut wajah Pn. Rakayah ketika meninggalkan sekolah jelas menunjukkan beliau masih sayangkan lagi profesion perguruan ini. Terasa sebak dapat dirasai seluruk SK Seksyen 24 kerana ketiadaan seorang pendidik yang berdedikasi dan sentiasa mendambarkan diri pada SKS24. Harapan kami semua agar Pn. Rakayah tidak melupakan kami di SKS24 dan juga puan sentiasa sihat bersama keluarga tercinta

Sila ke laman gambar untuk melihat foto sepanjang majlis persaraan Pn.Rakayah.

4 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Di mana ya fotonya...
Ye enggak jumpa pun...
huhu

Muslimahsolehah said...

gambar takde pun encik infosks24...

SK Seksyen 24 Shah Alam said...

dah

Muslimahsolehah said...

dah ade dah fotonye..thanks

Post a Comment