SK Seksyen 24 Shah Alam

Memuatkan maklumat tentang SK Seksyen 24, pelbagai aktiviti dan pautan untuk pengunjung. Segalanya berkenaan dengan pendidikan termasuk rancangan tahunan dan sukatan pelajaran.

Saturday, February 21, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 19

Posted by SK Seksyen 24 Shah Alam




Terima Kasih Semua!

Tadi berlangsungnya mesyuarat agung PIBG kali ke 19 untuk sesi 2009/2010. Kehadiran ibubapa yang mencecah hampir 300! orang adalah satu yang tidak disangkakan sehingga ada yang terpaksa berdiri di luar dewan. Maaf dipohon. Syabas diucapkan kepada ibubapa yang sanggup hadir pada mesyuarat ini. Anda adalah ibubapa yang prihatin untuk melihat masa depan anak anda berjaya. Syabas sekali lagi.

Walaupun cuaca pada hari ini panas tetapi tidak membantutkan semangat ibubapa untuk hadir. Begitu juga dengan "hangat"nya perbincangan di antara ibubapa dan pentadbir sekolah. Kebiasaannya topik yang hangat apabila mesyuarat PIBG adalah berkenaan dengan kewangan. Bagus juga banyak persoalan berkenaan dengan kewangan ini agar tiada berlaku penyelewangan tetapi ada segelintir ibubapa yang seperti ingin mencari kesalahan pentadbir dan soalan-soalan yang dikemukakan adalah untuk mencari kelemahan pentadbir sedangkan segala dokumentasi ada disimpan oleh pentadbir. Sehinggakan masa berlanjutan hanya kerana melayan persoalan yang berkenaan dengan kewangan.

Sepatutnya ibubapa banyak membincangkan hal ehwal meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Iidea dan juga sumbangan tenaga bagi melihat anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang adalah lebih penting. Tujuan PIBG adalah memastikan persekitaran pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Usaha yang dijalankan oleh guru tidak cukup jika ibubapa sendiri tidak memainkan peranan dalam mendidik dan mencurahkan ilmu. Oleh yang demikian diharap ibubapa dapat memberi komitmen kepada pihak sekolah dan bukan hanya melepaskan batuk di tangga ataupun cakap tak serupa bikin. Sekian.

Rujuk galeri untuk melihat gambar-gambar sepanjang perjalanan Mesyuarat PIBG.

2 comments:

chekgu Bani Hassim said...

Salam...
Boleh saya tahu sape admin blog ni??

Muslimahsolehah said...

salam..gelap nye gmbr M.C tuh..satu je plak tu amik..

Post a Comment